Animaker merupakan aplikasi membuat video secara atas talian yang mampu memberi isi kandungan video kelihatan lebih menarik. Anda boleh menggunakan Animaker ini untuk membuat video tutorial, video penjelasan pelajaran, video persembahan (presentation) atau video maklumat (information). Web tool ini menyediakan semua alat dan bahan yang diperlukan untuk membuat animasi secara profesional. Penggunaannya adalah sangat mudah kerana menggunakan drag and drop seperti karakter, latar belakang, dan visual yang ada. Selepas selesai membuat video, anda juga boleh memuat turun video tersebut atau boleh berkongsi ke laman sosial seperti youtube. Dibawah ini adalah tutorial menggunakan Animaker.
1 Comment
Renderforest adalah platform pengeluaran video dalam talian yang membolehkan individu dan perniagaan membuat video "kualiti penyiaran" untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Ia bebas untuk digunakan dan sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai pengguna dalam beberapa langkah mudah. Pengguna boleh membuat dan mengeksport bilangan video berkualiti tanpa had dan membagikannya melalui rangkaian sosial atau web. Untuk kegunaan peribadi, platform dalam talian telah menawarkan pelbagai penyelesaian khusus untuk animasi blog, persembahan slaid foto dan perkahwinan, video pendidikan dan jemputan video. Satu ciri yang sangat menakjubkan ialah anda boleh memuat naik foto, muzik dan suara yang berkualiti tinggi tanpa bayaran. Ini adalah tutorial untuk membuatvideo menggunakan Renderforest. Jika anda ingin mencari aplikasi web untuk membuat dan edit video anda, WeVideo mungkin adalah apa yang anda perlukan. Platform online ini memungkinkan anda untuk membuat video di internet. Boleh dikatakan semua platform yang disediakan dapat diakses secara percuma dengan online sahaja serta anda dapat memuat turun video yang telah anda siap buat. Adobe Spark ini mensasarkan kepada pengguna media sosial yang tidak mempunyai kemampuan reka bentuk professional untuk membuat video, yang dipanggil design for non-designer. Adobe Spark ini adalah aplikasi yang web reka bentuk yang percuma atas talian untuk mereka bentuk grafik. Dengan mudah membuat imej, video dan halaman web yang cantik yang membuat anda menonjol dalam media sosial. FlexClip adalah aplikasi web yang dapat digunakan untuk membuat video pembelajaran. FlexClip menggabungkan tiga lapisan dalam satu platform iaitu membuat filem, editor video dan membuat slideshow. Kelebihan lain dari platform ini adalah penggunaan yang percuma bila dibandingkan dengan editor video yang lain. Aplikasi FlexClip memungkinkan anda mereka bentuk pelbagai jenis video seperti video tutorial, video pembelajaran, tayangan slide video dan banyak lagi. Dibawah ini menunjukkan demo untuk Flexclip.
Moovly menyediakan 3 pilihan yang memiliki fungsi yang berbeza dan juga jenis gambar yang berbeza pada setiap librarynya. Gambar tersebut yang nantinya anda dapat tambahkan pada animasi yang ingin anda buat. Video ini adalah video yang telah dibuat menggunakan Moovly.
Jika anda ingin membuat video dengan gambar atau video anda sendiri atau mengubah saiz video dalam talian untuk pelbagai laman web rangkaian sosial atau menambah kesan bunyi ke video anda, di sini, Kapwing adalah aplikasi membuat video dalam talian yang membantu anda membuat video lebih mudah. Anda boleh membuat video dengan gambar atau video anda sendiri dengan bantuan Kapwing. Ia menyokong imej PNG atau JPG biasa, grafik animasi atau GIF dan fail video standard dan ia tidak mengurangkan kualiti imej dengan ketara selepas memuat turun produk siap. Disini adalah video yang telah dihasilkan menggunakan Kapwing. Animoto ialah perkhidmatan penciptaan video berasaskan cloud yang menghasilkan video dari gambar, klip video dan muzik ke dalam persembahan slaid. Animoto juga memberi kemudahan apabila membuat persembahan slaid video yang ditetapkan kepada muzik menggunakan foto dan klip video yang ada pada peranti mudah alih yang sedia ada. Animoto juga mempunyai 100 gaya untuk dipilih dan lagu yang terkini untuk membantu membawa kenangan kepada kehidupan. Animoto juga berguna untuk pendidikan. Animoto juga membantu menyediakan pelajar untuk masa hadapan dengan menambahkan aplikasi video. Dibawah ini adalah contoh video yang dibina menggunakan Animoto. Aplikasi Biteable ini berasaskan web tetapi masih dapat diakses melalui browser di telefon pintar. Aplikasi Biteable ini boleh digunakan secara percuma, tetapi jika inginkan template yang lebih menarik kita harus membayarnya. Biteable ini sangat senang digunakan untuk membuat animasi yang menarik dan tidak memerlukan pengetahuan tentang pembuatan video yang tinggi. Orang yang tiada asas IT pun mampu untuk menggunakannya kerana ia senang dan mudah digunakan. Dibawah ini adalah contoh biteable yang telah dibina. PowToon merupakan satu aplikasi persembahan bersasaskan web yang membenarkan anda mereka bentuk animasi menerusinya. Powtoon adalah aplikasi menghasilkan persembahan video animasi yang berasaskan dalam talian. Oleh itu, pengguna PowToon perlu menggunakan internet untuk menggunakan perisian ini. PowToon menggunakan fungsi drag-and-drop , prop dan watak-watak, dan pencarian yang mudah. In adalah contoh video PowToon yang telah dihasilkan. |
Peace YouAssalamualaikum. Ini adalah blog kawan-kawan saya:-
Hafizah Nithiya Shahila Noor Desiro Yogeswary Nalini Rohanilah Nur Amanina Siti Khatizah Yap |