Pada pertemuan pertama untuk semester kedua bagi kelas Dr. Fariza Khalid untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan amatlah menarik kerana banyak benda yang telah dipelajari pada pertemuan tersebut.
Di dalam kelas tersebut telah mengubah pemikiran dan pandangan saya terhadap teknologi kerana teknologi bukanlah semata-mata bahan elektronik yang digunakan seperti komputer, tablet, telefon, dan sebagainya tetapi ia adalah bahan atau perkara yang diubah atau ditambah baik dan menjadi kegunaan yang lebih baik itulah yang dikatakan teknologi. Selain itu, saya juga mempelajari bagaimana untuk membina dan mereka bentuk Augmented Reality untuk pembelajaran didalam kelas. Bagi saya pembelajaran Augmented Reality ini sangat menarik kerana saya boleh membina reka bentuk sendiri dengan reka bentuk yang diingini. Ini adalah pengalaman pertama saya membina dan mereka bentuk bahan dengan menggunakan Augmented Reality. Aplikasi yang digunakan untuk membina bahan Augmented Reality boleh dilakukan secara percuma dan ia dapat menjimatkan kos pembinaan Augmented Reality serta pembinaannya amatlah mudah dan senang kerana telah disediakan bahan-bahannya tanpa perlu kita mengatucara untuk dapatkan sesuatu bahan. Sebelum berakhirnya kelas, saya dan kawan-kawan juga diajar cara untuk membina blog sendiri. Saya merasa teruja kerana saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan membina blog sendiri. Saya rasa dengan adanya blog sendiri kita dapat berkongsi ilmu atau pandangan kita terhadap isu yang dibangkitkan bersama orang lain. Sekian sahaja untuk refleksi pada pertemuan pertama. Terima kasih kerana sudi membaca.
0 Comments
|
|